PENGENALAN

Assalamualaikum WTB...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Bersemperna dengan tahun baru, marilah kita bermuhasabah diri, adakah azam tahun lepas kita sudah tercapai? Adakah tahun lepas kita banyak buat dosa?...atau sebaliknya? Walau bagaimanpun, tahun baru ni marilah kita sama-sama memperbaiki azam tahun lepas agar lebih baik dari sebelumnya. Semoga apa sahaja yang dikerjakan kita akan mendapat keberkatan daripadaNya..InsyaAllah

Pelawat yang dihormati, blog ini dibina bukan sahaja untuk menceritakan kisah hidup pengarang tetapi juga menceritakan serta berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelawat-pelawat sekalian.

Walau bagaimanapun, pengarang juga mengharapkan pelawat dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama nanti. Untuk berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, komen yang membina atau tidak atau apa sahaja, pelawat boleh emelkan terus kepada saya di alamat hakim_310@yahoo.com

Semoga pembinaan blog ini sedikit sebanyak dapat
membantu kita dalam menyelesaikan apa jua masalah. Semoga kita dapat bersoal jawab dan berkongsi ilmu kelak.


Sekian..selamat melayarinya......

e-JARIAH

Monday, December 8, 2008

BACAAN UNTUK KAUM ADAM

@ehsan01
“Bagi kaum Adam, renungilah sejenak apa yang ditulis di bawah agar kamu menjadi pemimpin keluarga yang berwibawa. Insyaallah.

1. Mentaati Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah-Nya.

2. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah s.w.t.

3. Melayani serta menasihati isteri dengan sebaik mungkin.

4. Menjaga hati dan perasaan isteri.

5. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu di luar kemampuan isteri.

6. Bersabar dan menjauhkan diri daripada memukul isteri sehingga boleh memudaratkan dirinya.

7. Hendaklah menjauhkan diri daripada mengeji isteri di hadapan orang lain sekalipun memuji wanita lain di hadapannya.

8. Bersabar serta menerima kelemahan isteri dengan hati terbuka kerana segala sesuatu dijadikan oleh Allah s.w.t. dan mempunyai rahmat di sebaliknya.

9. Mengelakkan diri terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai seorang pemimpin dalam keluarga.

10. Memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak mengikut kemampuannya.

11. Menyediakan tempat tinggal dan keperluan yang selesa untuk isteri dan anak-anak.

12. Bertanggungjawab mendidik akhlak isteri dan anak-anak berlandaskan kehendak Islam.

13. Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.

14. Memberi kasih sayang dan berkorban apa sahaja demi kepentingan dan kebahagiaan bersama yang berkekalan.

RENUNG2KAN!!!!!
@fizi01

;;