PENGENALAN

Assalamualaikum WTB...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Bersemperna dengan tahun baru, marilah kita bermuhasabah diri, adakah azam tahun lepas kita sudah tercapai? Adakah tahun lepas kita banyak buat dosa?...atau sebaliknya? Walau bagaimanpun, tahun baru ni marilah kita sama-sama memperbaiki azam tahun lepas agar lebih baik dari sebelumnya. Semoga apa sahaja yang dikerjakan kita akan mendapat keberkatan daripadaNya..InsyaAllah

Pelawat yang dihormati, blog ini dibina bukan sahaja untuk menceritakan kisah hidup pengarang tetapi juga menceritakan serta berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelawat-pelawat sekalian.

Walau bagaimanapun, pengarang juga mengharapkan pelawat dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama nanti. Untuk berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, komen yang membina atau tidak atau apa sahaja, pelawat boleh emelkan terus kepada saya di alamat hakim_310@yahoo.com

Semoga pembinaan blog ini sedikit sebanyak dapat
membantu kita dalam menyelesaikan apa jua masalah. Semoga kita dapat bersoal jawab dan berkongsi ilmu kelak.


Sekian..selamat melayarinya......

e-JARIAH

Showing posts with label CETUSAN. Show all posts
Showing posts with label CETUSAN. Show all posts

Saturday, January 23, 2010

Permandangan SBPIS


Latihan terakhir sebelum persembahan


Persembahan pelajar tingkatan 1.


Akak senior pun nak nyibuk gak...


sempat lagi nk bergambar..yang tengah tu mcm kenal ja..


suasana di dalam bilik guru..

Salam bersua kembali...alhamdulillah dah 3 minggu aku kt SBPI Selandar ni..macam2 pengalaman aku dapat..daripada tak kenal sapa2..sampailah aku kenal semua cikgu2 laki..cikgu2 perempuan belum kenal semua lagi...malu nak tegur...huhu...takpa la..amik masa cikit lagi..dalam 3 minggu ni juga la aku dapat kenal student2 aku...rasa seronok sgt....mcm tak percaya ja...dulu aku jadi student..skrg ni aku jd pendidik plak...alhamdulillah...impian arwah ayah untuk tengok aku jd pendidik telah aku laksanakan..Terima kasih ayah kerana memberi didikan yang teeeerrrrbaik untuk anak ayah ni...

Perjalanan menjadi seorang pendidik pada awalnya agak susah...sebab rasa macam tak tau apa2 ja...bab pengurusan lagi la...byk benda aku nak kena belajar lagi...bt pertama kalinya..aku dah memegang jawatan sebagai guru kelas..tingkatan 1 satria..dalam kepala aku, macam2 aku nk buat..tp aku pn tak tau apa nk buat dulu...kuikui...

Aku juga memegang jawatan sebagai guru panitia pendidikan Al-Quran As-Sunah...apa perlu aku buat?pengalaman mengajar pn tak dak lagi...aduhhh...masalah...tak pa la..terima ja la dengan redha..mungkin ada hikmah..buat la slow2...Ya Allah, Berikanlah aku kekuatan, petunjuk dan dipermudahkan segala urusan aku...di dunia dan di akhirat...Ya Allah, aku memohon kepadamu keredhaan dan pertolongan dariMu, semoga aku dapat memberi didikan yang terbaik kepada anak bangsa aku...semoga mereka menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat..Perjuangkan Agama kita, Bangsa kita dan Tanah air kita..

InsyaAllah 12hb ni aku akan blk Kedah...hehe..tak sabar sangat..rindu plak..maklumlah hbs belajar U duk umah banyak...duk ingat kat umah je la...

k lah...salam berjumpa lagi....

Assalamualaikum WTB

Thursday, December 31, 2009

SALAM BERSUA KEMBALI....

Pertama kali aku ingin mengucapkan syukur kepada Illahi kerana dengan keizinannya, dapat lagi kita bersua dlam blog aku yg dah lama tak update ni...maklumlah bz cikit..kalah menteri..huhu...Untuk pengetahuan pembaca semua, akhirnya aku telah menjadi seorang guru. Sekolah tempat aku bertugas sekarang adalah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Selandar, Melaka.


First masa aku dapat tau yang aku di'postingkan' kat melaka..macam tak percaya jaa...yerla..igt sabah or serawak ja...tp Alhamdulillah akhirnya aku dpt semenanjung gak...tp kalau dpt kt kedah lg baik..tp tak kesah la kt mna2 pn..yg penting sekarang aku dah dapat kerja...

Kesian kawan2 aku yang tak dapat 'posting'..tak apa lah sahabat2 sekalian, cuba lagi nanti...insyaAllah ada la rezeki tu nanti...sama 2 la kita berdoa yek..Apa2 pn kita kena banyak kan bersabar n berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat..Aammiiinnnn....

Sebenarnya, kali ni aku nak bercita kt korang suma la..sebenarnya aku takut gak nak ngajar kat SBP ni..maklumlah dah lama aku tinggal UKM..universiti tercinta aku..haha...tp aku pujuk gak diri aku..aku boleh buat punya..akhirnya sampai juga aku kat sini...

Hari ini aku ada 1st meeting dengan semua pentadbiran sekolah..semua cikgu2 la..akhirnya aku terima tugasan pertama..kali ni aku kena jadi guru kelas..1 satria...dulu aku kecik2 malas nk cuci kelas..kali ni aku pula kena pastikan ank murid aku cuci kelas plak..huhu...sapa yang bertugas aku sebat..huhu..takut dak...

Lepas itu, aku kena jadi guru penasihat bola keranjang..perghhh aku mana penah main bola keranjang...jersea dia aku ada la...tu pn kawan bagi..hehe...nk buat macamna..jadi juga la...huhu...Lepas tu aku kena pulak jadi guru penasihat KRS..korang tau x?Kadet Remaja Sekolah la..kena la berkaat balik...dah lama aku tinggal suma tu..pasni kawat jd macam robot daa...

Mata pelajaran yang akan aku ajar ialah Pendidikan Al-Quran As-sunnah, Pendidikan Islam dan Sejarah...emm pelik...macamana aku boleh ajar sejarah pulak...aduhhh dah la aku tak minat sejarah..emm apa nak buat..i follow je la....

Apa2 pn disini aku nak mnta maaf la kat kawan2 semua kalau aku ada buat salah dan silap...doakan kejayaan aku disini yek...InsyaAllah lepasni aku akan update selalu blog aku...

Sampai berjumpa lagi...Assalamualaikum WTB...

Friday, November 21, 2008

JENAZAH BERTUKAR MENJADI BABI HUTAN

@ipin02

Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.

"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu. Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.

Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.

Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya. "Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

RENUNG2KAN DAN SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT!!!!

@kakros01

(Diambil dari http://members.tripod.com/isma_il/nasihat.htm)



Thursday, November 20, 2008

WALIMATUL URUS!!!!


@fizi01
ASSALAMUALAIKUM WTB......

Tahniah diucapkan kepada kawan2 aku yang akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangan masing2 yang akan diadakan selepas cuti raya haji nanti...semoga ikatan yang tersimpul dan hubungan yang terbina akan kekal hingga ke akhir hayat...amiinnnn..(aku ni bila la plak.....oppss....hehehe...tlg doa2 je la yek...)

Aku dengar cita ramai yang akan kahwin...sampai 11 org...aduhhh mantap tul....ni semua akal xmau posting jauh2 la tu...pandai hampa noo...xpa2 man, ang sabar sat ja...hehe...antara yang akan melangsungkan perkahwinan(ni yg aku dapat kad je la..yang lain tu aku xdapat so, kira wakil jela yek...ni bukan wakil menjemput tau..tp sebagai wakil menyampaikan ucapan tahniah aja....jgn salah paham!!!!

Antaranya ialah:

NOOR FARIZAN BT HASAN
dgn pilihan hatinya
ABD HALIM B ABD MAJID

yang akan diadakan pada:
RABU, 10 DISEMBER 2008
(di rumah pengantin perempuan(KELANTAN))

DAN


UMMU SULAIM BT ABDULLAH SANI

dgn pilihan hatinya

MOHAMMAD ATHARI B ISMAIL

yang akan diadakan pada: AHAD, 21 DISEMBER 2008
(di rumah pengantin perempuan(KEDAH))


"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan Mengawasi kamu." (surah An-Nisa':1)


"SELAMAT BAKAL PENGANTIN BARU
SEMOGA BERBAHAGIA KE AKHIR HAYAT"

@ipin02

Wednesday, November 19, 2008

PESANAN IMAM AL-GHAZALI

@ehsan02

Pesanan Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...

1. Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

2. Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


3. Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .


4. Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.


5. Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.


6. Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

@ipin02
SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL

Monday, November 17, 2008

TANDA2 KIAMAT...

@ipin02

Assalamualaikum WTB...baru2 ni aku ada bagitau kat sahabat sekalian tentang entry yang akan datang berkenaan tanda2 kiamat yang berlegar di sekeliling kita tanpa kita sedari sebenarnya ia amat hampir sekali...tanda2 ini aku pernah terbaca dalam sebuah emel...so sebagai ilmu dan renungan kita bersama aku kongsi dengan sahabat sekalian, semoga kita sama2 ambil iktibar di atas tanda2 ini...renung2kan dan selamat beramal....



_________________________________________________


1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."- Sahih Bukhari

Dah jadi dah...


2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya
melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

Dah nampak dah...


3) Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita" - Ibnu Majah

Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...


4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

Memang dah nampak dah...


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

Ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...


6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

Boleh kira berapa para ulama' yg tinggal...


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada....


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

Jiran sesama islam pun tak bertegur sapa...


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".

Fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...


10) Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

Tak percaya boleh tengok sendiri...


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh orang tua kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah yg popular skarang nie...


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad

Tengok kes peperangan Iraq...


13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai" - Sahih Muslim

Dubai dah turun salji... Mina dah kena banjir...

@upin02

Saturday, November 8, 2008


@ehsan01

Di sini ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua?

Rupa2nya tanpa kita sedari, di dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun or sebat ja..sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2 yek...sama2 kita sebarkan.....InsyaAllah.....

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana baginda pandai menjaga pemakanannya setiap hari. Apa kata kita ikut diet ini, tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus, beli losyen mustajab, losyen mujarab, macam2 lagi la.. Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini, ikawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan. InsyaAllah......amin...

JANGAN makan SUSU + DAGING

JANGAN makan DAGING + IKAN

JANGAN makan IKAN + SUSU

JANGAN makan AYAM + SUSU

JANGAN makan IKAN + TELUR

JANGAN makan IKAN + DAUN SALAD

JANGAN makan SUSU + CUKA

JANGAN makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.....Ianya takkan terjadi dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Hal ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion +ve manakala dalam ikan mengandungi ion -ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.


Renung2kan dan selamat beramal..


(gambar diambil dari Felix KL-FLIKR)


@ipin02

Thursday, October 30, 2008

phuusssssssttttt...KENTUT

@ipin02

Sifat Manusia Berdasarkan Kentutnya


1 . ORANG YANG TIDAK JUJUR

Orang yang kalau kentut, selalu menyalahkan orang lain

2 . ORANG BANGANG

Orang yang menahan kentutnya berjam jam

3 . ORANG YANG BERWAWASAN JAUH

Orang yang tahu bila dia hendak kentut

4 . ORANG SENGSARA

Orang yang nak kentut tapi tak boleh kentut

5 . ORANG YANG MISTERI

Orang yang kalau kentut, orang lain takkan tahu

6 . ORANG YANG GUGUP

Orang yang tetiba tahan kentutnya bila tiba masa untuk kentut

7 . ORANG YANG PERCAYA PADA DIRI SENDIRI

Orang yang selalu menganggap kentutnya berbau harum

8 . ORANG YANG SADIS

Orang yang kentut di katil, terus mengibaskan kentutnya pada katil orang lain

9 . ORANG YANG PEMALU

Orang yang kalau kentut selalunya tak berbunyi tapi selalu merasa malu sendiri

10. ORANG YANG STRATEGIK

Orang yang sering menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak agar tidak didengari oleh orang lain

11. ORANG YANG BODOH

Orang yang dah kentut, kemudian menarik nafas untuk menggantikan agin yang keluar

12. ORANG YANG PELIK

Orang yang kalau terkentut, mengeluarkannya sediki-sedikit sampai bunyi "tit..tit..tittttt@puuusssss......"

13. ORANG YANG SOMBONG

Orang yang kalau kentut selalu berasa bangga dengan kentutnya

14. ORANG YANG PERAMAH

Orang yang sering mencium kentut orang lain

15. ORANG YANG TIDAK SUKA BERGAUL

Orang yang selalu kentut bersembunyi

16. ORANG YANG AKUATIK

Orang yang selalu kentut dalam air sampai berbunyi

"blekutuk..blekutuk...bloop...bloop...bloopp"

17. ORANG YANG ATLIT

Orang yang kalau kentut, sering mengeluarkan tenaga dalaman

18. ORANG YANG JUJUR

Orang yang sering mengaku apabila terkentut

19. ORANG YANG PINTAR

Orang yang boleh menilai bau kentut seseorang

20. ORANG YANG ROMANTIK

Orang yang sering memuji-muji kentut pasangannya tu merdu dan wangi...


Emm anda berada pada kategori orang yang mna???hehehe


HEHE..LAWAK..LAWAK...

@upin02
KISAH PERTAMA
Satu datuk tambah satu datuk tambah lagi satu
datuk jawapannya berapa? tentulah tiga. Tetapi
kalau 3 datuk tolak satu nenek berapa?
Jawapannya tentulah
... ... nenek itu jatuh.
Grin


KISAH KEDUA
Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu
dia tanya petugas kaunter.. Makcik : Anak,
keretapi sampai jam berapa?? Petugas kaunter :
Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam
7 Gemas. Makcik nak pergi mana?? Makcik :
Makcik nak melintas aja.
Grin

KISAH KETIGA
"Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di
Sekolah,"kata Yani kpd mamanya. "Iya ke??..
macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran
apa yang kamu dapat markah 100%?" Tanya
ibunya.
"Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan
Sejarah 20%."
Grin


KISAH KEEMPAT
Bidin melihat rakannya, Wafdi...sedang
membuat kopi....kemudian memasukkan sebutir
ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan
Bidin bertanya kepada Wafdi...
Bidin :"Kenapa masukkan panadol dalam kopi
tu?".
Wafdi :"Kopi ni panas...bagi panadol...kurang
sikit panas dia..".
Grin

KISAH KELIMA
Suami-isteri bertengkar. Tetiba isteri terus
kemas beg. Suami: Kenapa? Isteri: Dah kahwin
10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak
tahan.Saya nak tinggalkan rumah ni! Suami
kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.
Suami: Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up
dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?!
Grin

KISAH KEENAM
Seorang pemburu bertembung dgn
seekor singa.terperanjat, dia tak
sempat mengangkat senapangnya.
tiada pilihan,pemburu itu bertadah
tangan&berdoa.ketika pemburu itu
menjeling kearah singa,dia ternampak
bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu : ah... ... ... .singa baik
rupanya.Selamatlah aku.
Singa : ya... ... .singa yang baik selalu
membaca doa sebelum makan.
Grin

Wednesday, October 29, 2008

CINTA TIDAK MEMERLUKAN 'SEBAB'


@ipin01@upin02
C.I.N.T.A?????Apa maksud dan sebabnya?emm mesti pelbagai jawapan dan pendapat yang ingin kita lontarkan bukan? Bagi pasangan yang dah kahwin, apa erti cinta dalam hubungan mereka? Dan apakah sebab cinta di antara mereka?Persoalan demi persoalan menginginkan jawapan yang pelbagai dari pelbagai pihak. Cinta kepada makhluk hanyalah cinta sementara, berkekalan di dunia namun tidak pasti lagi di akhirat. Namun cinta yang hakiki, yang tidak akan pudar, tidak akan hilang, tidak akan mengecewakan, dan menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat HANYALAH CINTA KEPADA ALLAH!!!!!. Baru-baru ini aku ada terbaca dalam sebuah majalah, apa ntah namanya mengenai cerita sepasang suami isteri, di mana si isteri menginginkan kepastian tentang sebab suaminya mencintainya..Di sini aku ingin berkongsi dengan pembaca sekalian perbualan mereka..SELAMAT MEMBACA....
Heart
_____________________________________________________________

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Abang, saya nak tanya abang sesuatu. Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya sayang, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang.

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang
dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul sayang! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya, mustahil.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.
Namun begitu...ianya
boleh dirasai dalam hati."



Renung2kanlah….


@upin01@upin02

MONYET..OHHH MONYET............

@upin02@ipin02
Emm tengah boring2 ni teringin la pulak nak menulis...tapi aku tak tau la nak tulis apa...emm kadang2 idea ni kejap dia datang kejap dia hilang...ustaz aku penah kata, waktu dia tengah mengajar, tetiba idea dalam kepala dia hilang, apa lagi dia pun minta izin pergi la tandas...dalam tandas je dapat balik idea tu....hehe...betul ke ek?aku tak pernah la cuba lagi...sebab aku kalau masuk tandas pun lupa macam tu juga la...hehe...

Tapi kali ini aku bukan nak cerita pasal masuk tandas ka apa ka..tapi aku nak luahkan benda yang tak puas dalam hati aku ni..hehe..tapi bukan la tak puas hati kat orang, tak baik macam tu.. tapi aku tak puas hati kat sejenis makhluk ni, yang bernama MONYET. Maunya aku tak puas hati, belakang blok aku ni penuh ngan monyet...nak tinggal bilik kena pastikan tutup tingkap, kalau tak..emmmm

Sebenarnya monyet ni tak bersalah pun, tapi yang buat aku tak puas hati, dia boleh panjat masuk dalam bilik student..Nasib baiklah bilik aku tak pernah kena lagi. Sekali masuk, dia keluar tu macam baru balik supermarket. Macam2 dia bawa. Roti Gardenia, kaya, biskut, macam2 lagi la...makan besar la dia..Ada la seorang budak sebelah blok aku, monyet nak masuk bilik dia, tapi tak berani, main raba2 ja..haha..last2 dapat screw driver ja...tu pun dia rembat..kureng punya monyet..haha

Tu belum cukup bangga lagi tu (ayat ahmad nabil bin ahmad)...ada sampai dia rembat cadar kawan aku..yang budak perempuan pulak, dia ambil kain tudung..nak buat apa ntah, tak kan nak kuar pekan kajang pulak kan..hehe..hari tu aku nampak dia makan sabun lagi..emm macam2 la...Tapi sebelum raya hari tu aku ada ambil mercun kat kawan aku, apa lagi, Perang dunia ke-3 la...hehe..baru dia tau..sekarang dah tak berani nak turun dah. Tapi kali ini monyet tak turun dah..dia akan geng pulak, sepesis yang sama, LUTUNG namanya..betul ke tak nama dia pun aku tak tau..emm nasib bukan yang jenis agresif..

Tapi memandangkan 'peluru' masa perang dunia ke-3 masih ada..petang tadi perang la jap..hehe..baru dia tau, lari tak cukup dahan..hehe..walau apapun, korang semua janganlah salah faham, aku bukan zalim tau..aku pun suka tengok keletah diaorg...tapi sebenarnya aku mengambil langkah berjaga2 ja..takut nanti dah ada yang kena gigit baru nak ambil tindakan, nak buat apa dah kan?

Ok lah setakat ni dulu cerita aku pasal monyet, nanti kalau ada lagi aku cerita lagi..nak pi mandi sat noo....Assalamualaikum...
. @fizi01@upin01

WAKTU YANG DIHARAMKAN SOLAT

@upin02

Waktu syuruk iaitu 28minit selepas waktu subuh ketika matahari baru naik ke langit. Iaitu lebih kurang subuh masuk pada pukul 5.35a.m dan tamat lebih kurang 7.05am. Maka 7.05am + 28mins = 7.33am

Oleh itu pada pukul 7.05am hingga 7.33am ialah waktu syuruk.
Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana dua tanduk syaitan berada di antara matahari.

Rasulullah juga mengharamkan solat pada waktu ini kerana ia menyamai org yang menyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7.00pg dan ingin mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu. Tapi jangan la sengaja pulak bangun lewat2..

Selain itu, waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada tegak di atas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya lebih kurang dalam 5-10mins sebelum waktu zohor.

Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan iaitu 20
minit selepas azan. Pahala yang besar diberikan kepada orang-orang yang
menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah
sepertiga malam iaitu sesudah azan hingga 10.30mlm.

Wallahualam.... Semoga sedikit ilmu dan pengetahuan ini akan memberi manfaat kepada kita semua, InsyaAllah..

Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?Jika belum apa tunggu lagi!!!!


" Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...""

@ipin01

Tuesday, October 28, 2008

"IBUKU SEORANG PEMBOHONG"

Assalamualaikum WTB....

Baru2 ini aku ada terima satu emel dari kawan aku yang amat menyentuh hati aku..berlinangan juga la air mata ni..Emel ini katanya merupakan kisah benar seorang insan yang kematian ibunya. Namun kesahihan cerita ini tidak menjadi satu kepentingan kepada kita semua, tapi anggaplah ia sebagai nasihat dan pedoman kepada kita yang masih mempunyai ibu dan ayah...Manfaatkanlah sepenuh masa yang ada ini sebaik mungkin....Selamat membaca sahabat2ku........
_____________________________________________________________
@ehsan02
Ibuku seorang pembohong

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.
Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi..

Saya sedih melihat ibu seperti itu. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur.

Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.

Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental.

Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.

Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.

Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.

Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.

Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

@kakros01

;;