PENGENALAN

Assalamualaikum WTB...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Bersemperna dengan tahun baru, marilah kita bermuhasabah diri, adakah azam tahun lepas kita sudah tercapai? Adakah tahun lepas kita banyak buat dosa?...atau sebaliknya? Walau bagaimanpun, tahun baru ni marilah kita sama-sama memperbaiki azam tahun lepas agar lebih baik dari sebelumnya. Semoga apa sahaja yang dikerjakan kita akan mendapat keberkatan daripadaNya..InsyaAllah

Pelawat yang dihormati, blog ini dibina bukan sahaja untuk menceritakan kisah hidup pengarang tetapi juga menceritakan serta berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelawat-pelawat sekalian.

Walau bagaimanapun, pengarang juga mengharapkan pelawat dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama nanti. Untuk berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, komen yang membina atau tidak atau apa sahaja, pelawat boleh emelkan terus kepada saya di alamat hakim_310@yahoo.com

Semoga pembinaan blog ini sedikit sebanyak dapat
membantu kita dalam menyelesaikan apa jua masalah. Semoga kita dapat bersoal jawab dan berkongsi ilmu kelak.


Sekian..selamat melayarinya......

e-JARIAH

Saturday, October 25, 2008

PERTANDINGAN BOWLING TERBUKA PENDIDIK

@ehsan01

Assalamualaikum WTB...

Pada hari Khamis, 23 Okt, jam 3 ptg, satu pertandingan bowling terbuka PENDIDIK, UKM telah diadakan. Perlawanan ini telah berlangsung di Metro Point, Kajang. Penyertaan yang diterima amat menggalakkan dari semua warga fakulti pendidikan, UKM.


Pada mulanya, aku dengan beberapa sahabat aku tak dapat nak join pertandingan ni, disebabkan borang penyertaan sudah habis tapi berkat kesabaran yang tinggi (ceewahh) akhirnya kami dapat beraksi juga...hehehe...Team aku dianggotai oleh otai bowling Mustaqim a.k.a abg long (no 3 bagi kategori individu), Fitri (Top 10 Tenpin Bowling, MASUM), Herman dan aku sendiri .


Perlawanan ini berjalan dengan lancar. Team aku berjaya merangkul tempat ketiga, manakala tempat kedua dirangkul oleh team Sukan dan Rekreasi dan tempat pertama dimenangi oleh team pensyarah yang sporting habis.


Semua pemain amat berpuas hati dengan penganjuran ini, diharap pihak fakulti pendidikan, khususnya PENDIDIK akan dapat menganjurkan pertandingan seumpama itu lagi.

Sekian... READ-LEARN-APPLY
@mail01

1 comments:

mantan AJK Boling said...

w'slm..
setelah hampir 5 bulan berlalu, terjumpa juga artikle respon tentang pertandingan boling pendidik ni.
TERIMA KASH ATS PENYERTAAN.
MOGA DAPAT MANFAAT.
sekian,wassalam.

p/s: maaf menyelit dlm blog saudara.
gembira membaca yer.