PENGENALAN
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Bersemperna dengan tahun baru, marilah kita bermuhasabah diri, adakah azam tahun lepas kita sudah tercapai? Adakah tahun lepas kita banyak buat dosa?...atau sebaliknya? Walau bagaimanpun, tahun baru ni marilah kita sama-sama memperbaiki azam tahun lepas agar lebih baik dari sebelumnya. Semoga apa sahaja yang dikerjakan kita akan mendapat keberkatan daripadaNya..InsyaAllah
Pelawat yang dihormati, blog ini dibina bukan sahaja untuk menceritakan kisah hidup pengarang tetapi juga menceritakan serta berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelawat-pelawat sekalian.
Walau bagaimanapun, pengarang juga mengharapkan pelawat dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama nanti. Untuk berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, komen yang membina atau tidak atau apa sahaja, pelawat boleh emelkan terus kepada saya di alamat hakim_310@yahoo.com
Semoga pembinaan blog ini sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam menyelesaikan apa jua masalah. Semoga kita dapat bersoal jawab dan berkongsi ilmu kelak.
Sekian..selamat melayarinya......
Tuesday, November 18, 2008

HADIS HARI INI!!!
TAJUK: Satu Doa Dimakbulkan Setiap Hari
Daripada Abu Said Al-Khudri r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Sesungguhnya Allah s.w.t. mempunyai hamba-hamba yang dibebaskan pada Ramadhan dan bagi setiap orang Islam dan satu doa yang dimaqbulkan pada setiap siang dan malam (Ramadhan)"
(Riwayat Al-Bazzar di dalam Targhib Wal Tarhib)
SELAMAT BERAMAL!!!!!
Labels: HADIS

HADIS HARI INI!!!
TAJUK: Pintu Khas Untuk Orang Yang Berpuasa
Daripada Sahl bin Sa'ad r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut pintu Rayyan (Puas dan kenyang minum). Dari pintu ini masuklah semua orang yang berpuasa esok pada hari kiamat. Tidak ada seorang yang selain orang-orang yang berpuasa itu yang dapat masuk dari pintu itu. Dikatakanlah: "Manakah orang-orang yang berpuasa." Mereka itu lalu berdiri, lalu tidak seorang pun yang dapat masuk dari pintu Rayyan tadi selain orang-orang yang berpuasa. Jikalau mereka telah masuk seluruhnya, lalu pintu itu pun ditutuplah, jadi tidak seorang pun lagi yang dapat memasukinya."
(Muttafaq 'alaih)
SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL!!!!
Labels: HADIS
Monday, November 17, 2008

HADIS HARI INI!!
TAJUK: Pintu Khas Untuk Orang Yang Berpuasa
Daripada Sahl bin Sa'ad r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut pintu Rayyan (Puas dan kenyang minum). Dari pintu ini masuklah semua orang yang berpuasa esok pada hari kiamat. Tidak ada seorang yang selain orang-orang yang berpuasa itu yang dapat masuk dari pintu itu. Dikatakanlah: "Manakah orang-orang yang berpuasa." Mereka itu lalu berdiri, lalu tidak seorang pun yang dapat masuk dari pintu Rayyan tadi selain orang-orang yang berpuasa. Jikalau mereka telah masuk seluruhnya, lalu pintu itu pun ditutuplah, jadi tidak seorang pun lagi yang dapat memasukinya."
(Muttafaq 'alaih)
TAJUK KE-2 : Puasa Dapat Menjauhkan Diri Daripada Neraka
Dari Abu Said r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tiada seorang hamba pun yang berpuasa sehari dengan niat fi-sabilillah ( yakni
semata-mata menuju kepada ketaatan kepada Allah), melainkan Allah akan
menjauhkan wajahnya - yakni dirinya (kerana puasanya tadi), sejauh perjalanan
tujuh puluh tahun dari neraka."
(Muttafaq 'alaih)
Labels: HADIS

HADIS HARI INI!!!!
TAJUK: Tips Mengelak Dari Digigit Serangga
Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah, ada sesuatu yang saya bertemu dengannya, iaitu seekor kala, lalu menyengat pada saya malam tadi."
Baginda s.a.w. bersabda: "Andaikata engkau mengucapkan ketika engkau berada di waktu petang, iaitu: "A'udzu bikalimatilahit tammati min syarri ma khalaq (Saya mohon perlindungan dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari apa saja yang diciptakan olehNya), nescayalah binatang itu tidak akan membahayakan padamu."
(Riwayat Muslim)
Renung2kan dan selamat beramal...
Labels: HADIS

Assalamualaikum WTB...baru2 ni aku ada bagitau kat sahabat sekalian tentang entry yang akan datang berkenaan tanda2 kiamat yang berlegar di sekeliling kita tanpa kita sedari sebenarnya ia amat hampir sekali...tanda2 ini aku pernah terbaca dalam sebuah emel...so sebagai ilmu dan renungan kita bersama aku kongsi dengan sahabat sekalian, semoga kita sama2 ambil iktibar di atas tanda2 ini...renung2kan dan selamat beramal....
_________________________________________________
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."- Sahih Bukhari
Dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya
melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
Dah nampak dah...
3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita" - Ibnu Majah
Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...
4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
Memang dah nampak dah...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
Ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
Boleh kira berapa para ulama' yg tinggal...
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada....
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
Jiran sesama islam pun tak bertegur sapa...
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
Fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...
10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
Tak percaya boleh tengok sendiri...
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh orang tua kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah yg popular skarang nie...
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad
Tengok kes peperangan Iraq...
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai" - Sahih Muslim
Dubai dah turun salji... Mina dah kena banjir...
Thursday, November 13, 2008

ASSALAMUALAIKUM WTB.....
SEDARKAH ANDA, TANDA KIAMAT SUDAH SEMAKIN DEKAT...PELBAGAI TANDA2 SAMA ADA TANDA KECIL ATAU BESAR SUDAH KELIHATAN...SEMUANYA BERLEGAR DI SEKELILING KITA SAHAJA...CUMA KITA SAHAJA TIDAK MENGETAHUINYA ATAU KITA SENDIRI SAHAJA BUAT2 TAK TAU...ANDA INGIN TAHU APAKAH TANDA2NYA????TUNGGU POST YANG AKAN DATANG................


HADIS HARI INI!!
TAJUK: Membantu Para Janda
Daripada Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: Orang yang berusaha untuk membantu para janda dan
orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, orang yang
bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa
berhenti.
(Riwayat Muslim)
Labels: HADIS

HADIS HARI INI
TAJUK: Adab Memberi Salam
Daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang berkenderaan hendaklah memberi
salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan hendaklah memberi
salam kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit hendaklah memberi salam
kepada orang yang ramai.
(Riwayat Muslim)
Labels: HADIS
Wednesday, November 12, 2008

HADIS HARI INI!!!
TAJUK: Segalanya Bermula Dengan Niat
Daripada Umar bin Al-khaththab r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang wanita yang hendak dikahwininya, maka hijrahnyapun kepada sesuatu yang dimaksud dalam hijrahnya itu."
(Muttafaq 'alaih)
Labels: HADIS
