PENGENALAN

Assalamualaikum WTB...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Bersemperna dengan tahun baru, marilah kita bermuhasabah diri, adakah azam tahun lepas kita sudah tercapai? Adakah tahun lepas kita banyak buat dosa?...atau sebaliknya? Walau bagaimanpun, tahun baru ni marilah kita sama-sama memperbaiki azam tahun lepas agar lebih baik dari sebelumnya. Semoga apa sahaja yang dikerjakan kita akan mendapat keberkatan daripadaNya..InsyaAllah

Pelawat yang dihormati, blog ini dibina bukan sahaja untuk menceritakan kisah hidup pengarang tetapi juga menceritakan serta berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelawat-pelawat sekalian.

Walau bagaimanapun, pengarang juga mengharapkan pelawat dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama nanti. Untuk berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, komen yang membina atau tidak atau apa sahaja, pelawat boleh emelkan terus kepada saya di alamat hakim_310@yahoo.com

Semoga pembinaan blog ini sedikit sebanyak dapat
membantu kita dalam menyelesaikan apa jua masalah. Semoga kita dapat bersoal jawab dan berkongsi ilmu kelak.


Sekian..selamat melayarinya......

e-JARIAH

Thursday, October 30, 2008

phuusssssssttttt...KENTUT

@ipin02

Sifat Manusia Berdasarkan Kentutnya


1 . ORANG YANG TIDAK JUJUR

Orang yang kalau kentut, selalu menyalahkan orang lain

2 . ORANG BANGANG

Orang yang menahan kentutnya berjam jam

3 . ORANG YANG BERWAWASAN JAUH

Orang yang tahu bila dia hendak kentut

4 . ORANG SENGSARA

Orang yang nak kentut tapi tak boleh kentut

5 . ORANG YANG MISTERI

Orang yang kalau kentut, orang lain takkan tahu

6 . ORANG YANG GUGUP

Orang yang tetiba tahan kentutnya bila tiba masa untuk kentut

7 . ORANG YANG PERCAYA PADA DIRI SENDIRI

Orang yang selalu menganggap kentutnya berbau harum

8 . ORANG YANG SADIS

Orang yang kentut di katil, terus mengibaskan kentutnya pada katil orang lain

9 . ORANG YANG PEMALU

Orang yang kalau kentut selalunya tak berbunyi tapi selalu merasa malu sendiri

10. ORANG YANG STRATEGIK

Orang yang sering menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak agar tidak didengari oleh orang lain

11. ORANG YANG BODOH

Orang yang dah kentut, kemudian menarik nafas untuk menggantikan agin yang keluar

12. ORANG YANG PELIK

Orang yang kalau terkentut, mengeluarkannya sediki-sedikit sampai bunyi "tit..tit..tittttt@puuusssss......"

13. ORANG YANG SOMBONG

Orang yang kalau kentut selalu berasa bangga dengan kentutnya

14. ORANG YANG PERAMAH

Orang yang sering mencium kentut orang lain

15. ORANG YANG TIDAK SUKA BERGAUL

Orang yang selalu kentut bersembunyi

16. ORANG YANG AKUATIK

Orang yang selalu kentut dalam air sampai berbunyi

"blekutuk..blekutuk...bloop...bloop...bloopp"

17. ORANG YANG ATLIT

Orang yang kalau kentut, sering mengeluarkan tenaga dalaman

18. ORANG YANG JUJUR

Orang yang sering mengaku apabila terkentut

19. ORANG YANG PINTAR

Orang yang boleh menilai bau kentut seseorang

20. ORANG YANG ROMANTIK

Orang yang sering memuji-muji kentut pasangannya tu merdu dan wangi...


Emm anda berada pada kategori orang yang mna???hehehe


HEHE..LAWAK..LAWAK...

@upin02
KISAH PERTAMA
Satu datuk tambah satu datuk tambah lagi satu
datuk jawapannya berapa? tentulah tiga. Tetapi
kalau 3 datuk tolak satu nenek berapa?
Jawapannya tentulah
... ... nenek itu jatuh.
Grin


KISAH KEDUA
Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu
dia tanya petugas kaunter.. Makcik : Anak,
keretapi sampai jam berapa?? Petugas kaunter :
Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam
7 Gemas. Makcik nak pergi mana?? Makcik :
Makcik nak melintas aja.
Grin

KISAH KETIGA
"Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di
Sekolah,"kata Yani kpd mamanya. "Iya ke??..
macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran
apa yang kamu dapat markah 100%?" Tanya
ibunya.
"Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan
Sejarah 20%."
Grin


KISAH KEEMPAT
Bidin melihat rakannya, Wafdi...sedang
membuat kopi....kemudian memasukkan sebutir
ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan
Bidin bertanya kepada Wafdi...
Bidin :"Kenapa masukkan panadol dalam kopi
tu?".
Wafdi :"Kopi ni panas...bagi panadol...kurang
sikit panas dia..".
Grin

KISAH KELIMA
Suami-isteri bertengkar. Tetiba isteri terus
kemas beg. Suami: Kenapa? Isteri: Dah kahwin
10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak
tahan.Saya nak tinggalkan rumah ni! Suami
kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.
Suami: Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up
dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?!
Grin

KISAH KEENAM
Seorang pemburu bertembung dgn
seekor singa.terperanjat, dia tak
sempat mengangkat senapangnya.
tiada pilihan,pemburu itu bertadah
tangan&berdoa.ketika pemburu itu
menjeling kearah singa,dia ternampak
bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu : ah... ... ... .singa baik
rupanya.Selamatlah aku.
Singa : ya... ... .singa yang baik selalu
membaca doa sebelum makan.
Grin

Wednesday, October 29, 2008

CINTA TIDAK MEMERLUKAN 'SEBAB'


@ipin01@upin02
C.I.N.T.A?????Apa maksud dan sebabnya?emm mesti pelbagai jawapan dan pendapat yang ingin kita lontarkan bukan? Bagi pasangan yang dah kahwin, apa erti cinta dalam hubungan mereka? Dan apakah sebab cinta di antara mereka?Persoalan demi persoalan menginginkan jawapan yang pelbagai dari pelbagai pihak. Cinta kepada makhluk hanyalah cinta sementara, berkekalan di dunia namun tidak pasti lagi di akhirat. Namun cinta yang hakiki, yang tidak akan pudar, tidak akan hilang, tidak akan mengecewakan, dan menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat HANYALAH CINTA KEPADA ALLAH!!!!!. Baru-baru ini aku ada terbaca dalam sebuah majalah, apa ntah namanya mengenai cerita sepasang suami isteri, di mana si isteri menginginkan kepastian tentang sebab suaminya mencintainya..Di sini aku ingin berkongsi dengan pembaca sekalian perbualan mereka..SELAMAT MEMBACA....
Heart
_____________________________________________________________

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Abang, saya nak tanya abang sesuatu. Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya sayang, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang.

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang
dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul sayang! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya, mustahil.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.
Namun begitu...ianya
boleh dirasai dalam hati."



Renung2kanlah….


@upin01@upin02

MONYET..OHHH MONYET............

@upin02@ipin02
Emm tengah boring2 ni teringin la pulak nak menulis...tapi aku tak tau la nak tulis apa...emm kadang2 idea ni kejap dia datang kejap dia hilang...ustaz aku penah kata, waktu dia tengah mengajar, tetiba idea dalam kepala dia hilang, apa lagi dia pun minta izin pergi la tandas...dalam tandas je dapat balik idea tu....hehe...betul ke ek?aku tak pernah la cuba lagi...sebab aku kalau masuk tandas pun lupa macam tu juga la...hehe...

Tapi kali ini aku bukan nak cerita pasal masuk tandas ka apa ka..tapi aku nak luahkan benda yang tak puas dalam hati aku ni..hehe..tapi bukan la tak puas hati kat orang, tak baik macam tu.. tapi aku tak puas hati kat sejenis makhluk ni, yang bernama MONYET. Maunya aku tak puas hati, belakang blok aku ni penuh ngan monyet...nak tinggal bilik kena pastikan tutup tingkap, kalau tak..emmmm

Sebenarnya monyet ni tak bersalah pun, tapi yang buat aku tak puas hati, dia boleh panjat masuk dalam bilik student..Nasib baiklah bilik aku tak pernah kena lagi. Sekali masuk, dia keluar tu macam baru balik supermarket. Macam2 dia bawa. Roti Gardenia, kaya, biskut, macam2 lagi la...makan besar la dia..Ada la seorang budak sebelah blok aku, monyet nak masuk bilik dia, tapi tak berani, main raba2 ja..haha..last2 dapat screw driver ja...tu pun dia rembat..kureng punya monyet..haha

Tu belum cukup bangga lagi tu (ayat ahmad nabil bin ahmad)...ada sampai dia rembat cadar kawan aku..yang budak perempuan pulak, dia ambil kain tudung..nak buat apa ntah, tak kan nak kuar pekan kajang pulak kan..hehe..hari tu aku nampak dia makan sabun lagi..emm macam2 la...Tapi sebelum raya hari tu aku ada ambil mercun kat kawan aku, apa lagi, Perang dunia ke-3 la...hehe..baru dia tau..sekarang dah tak berani nak turun dah. Tapi kali ini monyet tak turun dah..dia akan geng pulak, sepesis yang sama, LUTUNG namanya..betul ke tak nama dia pun aku tak tau..emm nasib bukan yang jenis agresif..

Tapi memandangkan 'peluru' masa perang dunia ke-3 masih ada..petang tadi perang la jap..hehe..baru dia tau, lari tak cukup dahan..hehe..walau apapun, korang semua janganlah salah faham, aku bukan zalim tau..aku pun suka tengok keletah diaorg...tapi sebenarnya aku mengambil langkah berjaga2 ja..takut nanti dah ada yang kena gigit baru nak ambil tindakan, nak buat apa dah kan?

Ok lah setakat ni dulu cerita aku pasal monyet, nanti kalau ada lagi aku cerita lagi..nak pi mandi sat noo....Assalamualaikum...
. @fizi01@upin01

WAKTU YANG DIHARAMKAN SOLAT

@upin02

Waktu syuruk iaitu 28minit selepas waktu subuh ketika matahari baru naik ke langit. Iaitu lebih kurang subuh masuk pada pukul 5.35a.m dan tamat lebih kurang 7.05am. Maka 7.05am + 28mins = 7.33am

Oleh itu pada pukul 7.05am hingga 7.33am ialah waktu syuruk.
Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana dua tanduk syaitan berada di antara matahari.

Rasulullah juga mengharamkan solat pada waktu ini kerana ia menyamai org yang menyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7.00pg dan ingin mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu. Tapi jangan la sengaja pulak bangun lewat2..

Selain itu, waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada tegak di atas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya lebih kurang dalam 5-10mins sebelum waktu zohor.

Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan iaitu 20
minit selepas azan. Pahala yang besar diberikan kepada orang-orang yang
menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah
sepertiga malam iaitu sesudah azan hingga 10.30mlm.

Wallahualam.... Semoga sedikit ilmu dan pengetahuan ini akan memberi manfaat kepada kita semua, InsyaAllah..

Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?Jika belum apa tunggu lagi!!!!


" Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...""

@ipin01

Tuesday, October 28, 2008

SINAR CAHAYA AYAT KURSI



@ehsan02


Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal
seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan
keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di
luar rumah.


Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk
rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan
salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
menghantar dua Malaikat memeliharanya
hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang
yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang
yang bersyukur,setiap perbuatan orang yang
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan
padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya dan mereka
semua akan memohon keampunan dan mendoakan
baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi
ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun
satu ayat..."


@kakros01

"IBUKU SEORANG PEMBOHONG"

Assalamualaikum WTB....

Baru2 ini aku ada terima satu emel dari kawan aku yang amat menyentuh hati aku..berlinangan juga la air mata ni..Emel ini katanya merupakan kisah benar seorang insan yang kematian ibunya. Namun kesahihan cerita ini tidak menjadi satu kepentingan kepada kita semua, tapi anggaplah ia sebagai nasihat dan pedoman kepada kita yang masih mempunyai ibu dan ayah...Manfaatkanlah sepenuh masa yang ada ini sebaik mungkin....Selamat membaca sahabat2ku........
_____________________________________________________________
@ehsan02
Ibuku seorang pembohong

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.
Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi..

Saya sedih melihat ibu seperti itu. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur.

Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.

Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental.

Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.

Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.

Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.

Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.

Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

@kakros01

IBU KAULAH PERMATA HATIKU...


@kakros01@ipin02
Asslamualaikum WTB...

Pertama kali, mari kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah, kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat hidup dan menikmati keindahan dan rahmat dariNya. Namun apa yang lebih penting kita dapat hidup dalam Iman dan moga2 mati kita juga dalam keadaan Iman. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, penghulu segala rasul dan pemberi syafa'at kepada sekalian umat...

Tajuk yang akan aku tulis buat pertama kalinya adalah berkenaan seorang insan yang tidak pernah aku lupa dan cintai selalu iaitu mak aku. Aku amat menghormati mak aku. Dialah tempat aku bergantung sekarang ni setelah ayah aku kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah buatnya...Dulu masa aku kecik2 aku selalu kena marah dengan ayah aku sebab aku ni nakal cikit..orang kedah cakap 'bueh'...Tempat aku berlindung dan mengadu masalah time tu mak aku la..sapa lagi..tak kan polis pulak kut..emm nak minta duit pun minta kat mak dulu..kadang2 mak aku suruh aku minta kat ayah aku, tapi aku suruh mak aku ja yang tolong minta..hehe..tak berani maa...sekali ayah aku 'jerkah'..perghh nek sampai langit (ayat atok aku dulu bagi aku takut)..hehe...jadi mak aku la yang tolong minta..tolong 'cover line' pun mak aku gak...aku buat salah ker dapat markah teruk pun mak aku tolong 'cover'..dulu kira boleh katakan anak manja la...dengan mak ja..dengan ayah sorylah...huhu..tapi lani tak lagi...

Mak aku memang 'sporting' habis, nak minta beli apa ka, nak pi mana2 ka, cakap ja..'comfirm' boleh punyalah...aku amat sayangkan mak aku...dia banyak berkorban untuk aku..kadang2 bila dia luahkan masalah kat aku, aku rasa sedih sangat...namun aku hanya dapat menolong setakat yang aku mampu jela...Itu cerita masa aku budak2...sekarang lukman hakim dah besar..manja2 aku pun, aku kena hantar ke sekolah asrama. Masa tu aku baru 'form 1'. Sekolah aku kat Perlis. Aku ingat lagi kata2 mak aku, "la ni hang duk jauh dah, tak boleh buat macam hang duk rumah, nak semua dapat. Kat sini hang kena berdikari sendiri, basuh baju sendiri, ingat tu...". dengan ayat itulah aku buktikan kepada mak aku, aku boleh berdikari sendiri. 'Thanks mom'StickingOutTongue..hehe

Lepas sekolah kat perlis, aku pindah pulak ke sekolah asrama kat Kedah, tapi bukan kena buang tau, aku pindah ke sekolah yang lebih baik.hehe..Waktu tu, mak aku dah boleh lepas tangan, dah harap apa aku buat. Sebab aku dah boleh fikir sendiri, yang mana baik dan yang mana buruk. Namun dalam hal tertentu aku masih perlukan mak. Aku banyak tanya pendapatnya. Minta duit pun kat mak lagi time tu..hehe..dekat ayah takut nak minta..garang sangat..Tapi garang2 dia lah yang buat aku jadi seperti sekarang ni...thanks dad StickingOutTongue..hehe...

Lepas sekolah kat kedah aku sambung lagi pelajaran ke sekolah dekat N.Sembilan pulak. Lagi jauh. Tapi aku tak kisah, sebab aku dah biasa hidup di asrama. Kadang2 mak aku pun risau sebab aku tak pernah 'call' rumah. Yerlah mak mana yang tak risau dan rindu anak dia kan...hehe..'sory momStickingOutTongue'. Masa aku kat N.Sembilan lah ayah aku meninggal dunia. Sedih sangat time tu..dah la dekat nak 'exam' STPM...lemah semangat time tu..tapi mak aku seorang yang bersemangat tinggi, atas sokongan dialah aku teruskan pengajian sehingga aku berjaya memasukki Universiti Kebangsaan Malaysia. Alhamdulillah..Berkat doa ibu dan ayah aku selama ni.

Sehingga sekarang aku masih merindui mak aku..dah lama aku tak balik..emm nak tunggu raya haji ni la...itu pun tak pasti lag...nasib baik ada teknologi sekarang ni..leh aku 'call' mak aku selalu..buat mak yang amat aku sayangi dan rindui...." cek sayang sangat2 kat mak"..."mak doakan kejayaan cek nanti noo...StickingOutTongue" (loghat kedah)..."INGATLAH!!SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU"

Oklah..aku nak pi main bola pulak...nanti kalu aku ada masa aku akan cerita pasal benda lain pulak...wassalam....
@kakros01@ipin01

Monday, October 27, 2008

ON KOMPUTER DALAM MASA 10 SAAT

@ehsan01@ipin01

Tentu ramai diantara kita sentiasa merungut dengan komputer lambat.Komputer lambat perkara biasa kerana komputer adalah ciptaan manusia.Setiap ciptaan manusia ada kelemahannya.Hanya ciptaan Dia sahaja yang tiada kelemahan.

Baiklah hari ini saya ada satu tip untuk melajukan proses loading komputer supaya menjadi lebih laju.Setelah anda mencuba tip ini , sila tinggalkan komen samada berkesan atau tidak.Kalau tidak ada sebarang perubahan sila beli komputer baru :).

Apa yang perlu anda lakukan adalah membuat sedikit perubahan pada sistem registry.Sila ikut langkah-langkah yang akan saya tunjukkkan dibawah:

- Klik pada Start dan klik Run.

- Taip regedit dan klik ok.

- Klik pada HKEY_LOACAL_MECHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\ContentIndex.

- Tukar value StartupDelay kepada 4000 (duble click pada StartupDelay untuk mengubah nilai value).

- Akhir sekali restart komputer anda untuk mengaktifkan perubahan setting tersebut.


Diambil sepenuhnya dari kongsiblog.org

@mail01@fizi01

CANTIKKAN WINDOWS XP ANDA!!!!!

@ipin01@ipin02

Makeuseof mencadangkan lima tema yang hebat untuk memberi rupa baru kepada Windows XP.

Tukar Windows XP anda untuk menyerupai Vista, Mac OS X, Ubuntu, dan juga Fedora. Pek - pek perubahan ini biasanya mengandungi ikon - ikon, wallpaper, screensaver, serta gaya visual yang diubah untuk membuatkan Windows XP anda lebih cantik.


Fedora Transformation Pack. Download di sini -->


FlyaKiteOSX Transformation Pack. Download di sini -->


Mac OS Transformation Pack. Download di sini -->


Ubuntu Transformation Pack.


Vista Transformation Pack. Download di sini -->


Diambil sepenunya dari sembangkomputer.com

@ehsan02@fizi01

;;