PENGENALAN
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Bersemperna dengan tahun baru, marilah kita bermuhasabah diri, adakah azam tahun lepas kita sudah tercapai? Adakah tahun lepas kita banyak buat dosa?...atau sebaliknya? Walau bagaimanpun, tahun baru ni marilah kita sama-sama memperbaiki azam tahun lepas agar lebih baik dari sebelumnya. Semoga apa sahaja yang dikerjakan kita akan mendapat keberkatan daripadaNya..InsyaAllah
Pelawat yang dihormati, blog ini dibina bukan sahaja untuk menceritakan kisah hidup pengarang tetapi juga menceritakan serta berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelawat-pelawat sekalian.
Walau bagaimanapun, pengarang juga mengharapkan pelawat dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama nanti. Untuk berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, komen yang membina atau tidak atau apa sahaja, pelawat boleh emelkan terus kepada saya di alamat hakim_310@yahoo.com
Semoga pembinaan blog ini sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam menyelesaikan apa jua masalah. Semoga kita dapat bersoal jawab dan berkongsi ilmu kelak.
Sekian..selamat melayarinya......
Monday, October 27, 2008


Tentu ramai diantara kita sentiasa merungut dengan komputer lambat.Komputer lambat perkara biasa kerana komputer adalah ciptaan manusia.Setiap ciptaan manusia ada kelemahannya.Hanya ciptaan Dia sahaja yang tiada kelemahan.
Baiklah hari ini saya ada satu tip untuk melajukan proses loading komputer supaya menjadi lebih laju.Setelah anda mencuba tip ini , sila tinggalkan komen samada berkesan atau tidak.Kalau tidak ada sebarang perubahan sila beli komputer baru :).
Apa yang perlu anda lakukan adalah membuat sedikit perubahan pada sistem registry.Sila ikut langkah-langkah yang akan saya tunjukkkan dibawah:
- Klik pada Start dan klik Run.
- Taip regedit dan klik ok.
- Klik pada HKEY_LOACAL_MECHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\ContentIndex.
- Tukar value StartupDelay kepada 4000 (duble click pada StartupDelay untuk mengubah nilai value).
- Akhir sekali restart komputer anda untuk mengaktifkan perubahan setting tersebut.
Diambil sepenuhnya dari kongsiblog.org

Labels: KOMPUTER

Sedang anda menjalankan satu-satu aplikasi, tiba-tiba aplikasi tersebut tidak berfungsi dan tergantung(hang). Anda menekan-nekan butang pada aplikasi tersebut tetapi tidak mendatangkan sebarang kesan. Nak tutup pun tak boleh. Cuba anda perhatikan pada bar tajuk aplikasi tersebut ada tertulis “Not responding”.
Adalah lebih baik aplikasi seperti ini ditutup bagi mengelakkan ia menganggu penggunaan komputer anda. Tapi bagaimana, sedangkan ia tidak boleh ditutup dengan cara biasa? Nak gunakan Task Manager pun tak boleh harap sangat.
Task Killer adalah satu alat kecil yang berfungsi untuk menutup aplikasi - aplikasi seperti ini. Hanya klik pada ikon Task Killer di system tray dan pilih aplikasi yang ingin anda tutup. Task Killer mampu ‘membunuh’ apa-apa program atau servis dengan pantas.
Terdapat juga alat lain yang lebih canggih seperti ProcessExplorer ataupun DTaskManager untuk fungsi yang sama. Namun Task Killer unik di sini kerana ia membolehkan kita menutup apa-apa program terus dari taskbar, menjadikannya lebih pantas dan mudah digunakan.
Dapatkan Task Killer di sini -->download
Diambil sepenuhnya dari sembangkomputer.com

Labels: KOMPUTER


Berapa kali anda berhadapan dengan situasi di mana, anda tidak dapat membuka fail dari Microsoft Office 2007? Seperti yang sedia maklum, Office 2007 menyimpan fail dalam format .docx, .pptx, .xlsx dan sebagainya. Format baru dari Office 2007 ini tidak dapat dibuka menggunakan Office 2003 ataupun versi Microsoft Office yang sebelumnya.
Bagi menyelesaikan masalah ini, anda boleh menggunakan Microsoft Office 2007 Compatibility Pack bagi membuka fail dari Office 2007 menggunakan Office 2003, Office XP, ataupun Office 2000. Anda juga boleh mengubahsuai serta save tersebut dalam format asal, iaitu format Office 2007. Klik di sini untuk mendapatkan Microsoft Office 2007 Compatibility Pack yang terbaru dari Microsoft.
Selain daripada itu juga anda boleh membuat pertukaran format file apa sahaja di laman web www.zamzar.com
Diambil dan diubahsuai dari sembangkomputer.com

Labels: KOMPUTER


Satu masalah yang kerap kali berlaku akibat serangan virus ialah fungsi Task Manager dihalang. Jika anda klik kanan pada taskbar dan ’Task Manager’ berwarna kelabu, ia bermakna ia Task Manager telah disekat. Jika anda cuba membukanya melalui Run > taskmgr pula, satu kotak mesej akan keluar: “Task Manager has been disabled by your administrator.”
Untuk mengembalikan semula fungsi Task Manager ini, anda haruslah terlebih dahulu membuang virus pada komputer tersebut. Gunakan perisian Anti-Virus seperti Avira, Avast, ataupun AVGFree. Kalau Antivirus pun gagal dibuka dalam Windows, ketahui bagaimana untuk scan virus sebelum masuk ke dalam Windows.
Untuk mengembalikan semula fungsi Task Manager ini, anda boleh gunakan regedit ataupun gpedit.msc. Ikuti salah satu dari dua cara di bawah:
Menggunakan Registry Editor (regedit)
- Pada kotak Run, taipkan regedit dan tekan Enter untuk melancarkan Registry Editor.
- Pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies.
- Cari DisableTaskMgr dan tukarkannya kepada 0.
Menggunakan Group Policy Editor (gpedit.msc)
- Pada kotak Run, taipkan gpedit.msc dan tekan Enter untuk melancarkan Group Policy Editor.
- Pergi ke User Configuration\Administrative Templates\System\Ctrl + Alt + Del Options
- Pada bahagian kanan, double-click pada Remove Task Manager dan tukarkannya kepada Disabled.
Diambil sepenuhnya dari sembangkomputer.com

Labels: KOMPUTER


Fungsi Autoplay dalam Windows XP berfungsi untuk melancarkan satu-satu program dalam CD, USB Drive, atau Hard Disk secara automatik. Namun, kebanyakan virus dan malware telah menggunakan fungsi ini untuk menjangkiti komputer anda, dan membawa pelbagai kerosakan. Ikuti langkah-langkah di bawah bagi mematikan fungsi Autoplay ini:
Matikan Autoplay Menggunakan Group Policy Editor
- Pergi kepada Start > Run
- Taipkan gpedit.msc dan tekan Enter
- Di bahagian kiri Group Policy Editor, pergi kepada Administrative Template > System
- Di sebelah kanan Group Policy Editor, cari pilihan ‘Turn Off Autoplay’. Double-click pada pilihan tersebut.
- Pilih Enabled dan klik pada butang OK
Jika anda tidak mahu menggunakan gpedit.msc, anda juga boleh menggunakan regedit, seperti di bawah:
Matikan Autoplay Menggunakan Registry Editor
- Pergi kepada Start > Run
- Taipkan regedit dan tekan Enter
- Di bahagian kiri Registry Editor, pergi kepada nilai ini:
- HKEY_CURRENT_USER
- Software
- Microsoft
- Windows
- CurrentVersion
- Policies
- Explorer
- Di sebelah kanan Registry Editor, cari pilihan NoDriveTypeAutoRun. Double-click pada pilihan tersebut
- Tukar nilai kepada 91. Pastikan pilihan pada Base adalah Hexadecimal

Labels: KOMPUTER


Pernahkah apabila anda hidupkan komputer, dan cuba untuk membuka Windows. Namun, apa yang dapat dilihat hanyalah skrin hitam dengan mesej ini:
NTLDR is missing
Press Ctrl Alt Del to Restart
Saya pernah terkena dengan masalah ini...emm apa lagi blur la..tak tau nak buat apa..melainkan kira nak format jek..maklumlah tak berapa pandai sangat pasal komputer ni...bila dah format apa lagi..cari lah jalan penyelesaian lain yang ada...search punya search jumpa dalam web sembangkomputer.com. So saya nak kongsi la dengan kawan2 kalau pernah atau akan jadi macam ni nanti...Sediakan payung sebelum hujan....
Sekiranya anda dapat mesej seperti ini, besar kemungkinan masalah adalah berpunca dari fail NTLDR yang rosak samada terdelete atau terkena virus. Jangan bimbang, dan jangan format komputer anda lagi kerana masalah ini sangat mudah untuk diselesaikan.
Apa yang perlu anda buat adalah copy fail C:\ntldr dari komputer orang lain dan letakkannya di dalan C:\ anda. Pastikan komputer rakan anda itu menggunakan versi Windows yang sama.
Tapi Windows tak boleh nak buka, macam mana nak copy fail, ye tak? Ok, saya ada sedikit tips untuk anda. Masukkan fail ntldr dari komputer rakan anda tadi ke dalam pen drive. Kemudian, hidupkan komputer anda dengan menggunakan Live CD Ubuntu atau Slax (atau mana-mana Live CD yang lain). Dengan Live CD ini anda boleh buka partition C:, dan masukkan fail ntldr dari pen drive tadi.
Untuk keterangan yang lebih menyeluruh tentang masalah ntldr ini, anda boleh rujuk Computer Hope.
Cara lain : Bagi mereka yang ada CD Windows
1. Masukkan cd windows, pastikan cd anda dalam mode first boot.
2. Jangan install, tetapi pilih recovery .. tekan R
3. masuk dalam console
4. taip driver cdrom*:\i386
5. taip copy ntldr c:\
6. taip copy ntdetect.com c:\
reboot pc anda.
* drive cd rom di atas mungkin d: atau e: atau f: atau h: .. bergantung kepada sistem komputer korang.
Tambahan: Untuk mengetahui cara dan teknik lain sila layari cekapkomputer.com
Diambil dan diubahsuai dari sembangkomputer.com

Labels: KOMPUTER
JADIKAN FIREFOX DAN OPERA SEBAGAI WEB BROWSER UTAMA
0 comments Posted by LUKMAN HAKIM ABDULLAH at 12:23 AM
Assalamualaikum WTB..
Mungkin anda perasan setiap kali anda buka web browser menggunakan Intenet Explorer (IE), loading dia agak lembab kan?emm tapi kalau tak perasan tu, tak tau la...emmm di sini saya cadang menggunakan Opera dan Firefox sebagai web browser utama anda. Cara-caranya mudah sahaja....Cubalah....
Jadikan Firefox Sebagai Web Browser Utama
- Pada Firefox, pergi kepada menu Tools > Options
- Pada bahagian System Defaults, tandakan pilihan “Always check to see if Firefox is the default browser on startup”. Kemudian klik pada butang Check Now, dan tekan butang Yes.
Jadikan Opera Sebagai Web Browser Utama
- Pada Opera, pergi kepada menu Tools > Preferences atau tekan sahaja Ctrl + F12
- Pergi kepada tab Advanced, pada bahagian Programs. Tandakan pilihan “Check if Opera is default browser on startupf”.
Labels: KOMPUTER
Tuesday, October 21, 2008

Dalam mencari imej yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam blog, biasanya saya akan menggunakan Yahoo search atau Google search. Namun, perlu diingat bahawa tidak semua dari imej ini boleh digunakan secara sah kerana masalah hak cipta. Silap haribulan, boleh kena saman kalau silap pilih imej. Foto stok pula menawarkan imej yang semuanya boleh digunakan secara sah, tetapi biasanya pilihan adalah terhad.
Jadi saya beralih kepada Compfight, iaitu enjin carian imej untuk Flickr. Kalau anda belum tahu apa itu Flickr, ia adalah laman perkongsian foto yang paling popular di dunia.
Compfight memaparkan hasil carian dalam bentuk thumbnail. Ini sangat berkesan kerana anda hanya mahu melihat imej tersebut tanpa sebarang teks-teks lain yang tidak diperlukan. Anda juga boleh menapis imej-imej tersebut kepada Creative Commons ataupun komersil.
Sayangnya, Compfight tidak dapat dipaparkan dalam Opera. Buka Firefox anda untuk menggunakan laman web ini.
Terus ke Web berkenaan --->klik di sini
Dari sembangkomputer.com.
Selamat Mencuba.......
Labels: KOMPUTER
Tuesday, October 14, 2008
Sesetengah virus dalam Windows bertindak menghalang anda dari install antivirus seperti Kaspersky, Avira, Norton, dan sebagainya. Ada pula Windows yang tak dapat dibuka langsung akibat serangan virus seperti ini. Jadi, bagaimana nak buang semua virus ni kalau Windows pun tak boleh buka, dan antivirus pun tak dapat nak install?
Cara terbaik untuk membuang virus-virus tersebut adalah dengan menggunakan bootable CD. Dengan CD antivirus yang bootable, anda boleh scan komputer anda dengan antivirus sebelum Windows dimulakan lagi.
Avira memang terkenal dengan software antivirus yang bagus, dan kerap dikemaskini. Ia menyediakan bootable CD yang dipanggil sebagai Avira AntiVir Rescue System. Anda hanya perlu download Avira AntiVir Rescue System dan buka fail tersebut untuk burn ia ke dalam CD.
Setelah CD siap, anda boleh gunakannya pada mana-mana PC yang dijangkiti virus. Hanya hidupkan komputer dan terus masukkan CD Antivir ini, dan satu menu akan dipaparkan. Taipkan 2 dan tekan Enter untuk masuk ke dalam Antivir Rescue System.
Pilih English sebagai bahasa dan tunggu sehingga Antivir siap dibuka. Antivir Rescue System akan dipaparkan seperti di bawah.
Pilih Scan untuk mula memeriksa virus dalam komputer anda. Antivir akan menanyakan lagi beberapa pilihan, iaitu fail apa yang akan diperiksa, serta tindakan apa yang akan dilakukan terhadap fail yang telah dijangkiti virus. Buat pilihan ini mengikut kehendak anda, dan scan komputer sehingga habis.
Diambil dari sembangkomputer.com
Labels: KOMPUTER
Wednesday, September 17, 2008
ANDA MEMPUNYAI MASALAH UNTUK MEMBUKA HARD DISK ??
0 comments Posted by LUKMAN HAKIM ABDULLAH at 5:19 AMPernahkah berlaku terhadap anda apabila ingin membuka hard disk partition anda dengan double klik, paparan yang akan keluar ialah open with?Pernahkan?Hal ini menunjukkan partition anda telah dijangkiti virus. Virus biasanya akan datang bersama file autorun.inf dan meniggalnya di dalam partition anda.
Terdapat beberapa langkah untuk membuang autorun.inf tersebut yang ingin saya kongsi dengan anda semua..
- Terlebih dahulu, pastikan virus di dalam komputer anda telah dibuang. Gunakan perisian antivirus.
- Pada Windows Explorer, pergi kepada menu pilih Tools > Folder Options. Pada tab View, pastikan:
- Pilihan berada pada “Show hidden files and folders”
- Kotak “Hide protected operating system files (Recommended)” dikosongkan
- Buka partition yang bermasalah tersebut, dan buang fail autorun.inf
- Restart komputer
Labels: KOMPUTER

