PENGENALAN

Assalamualaikum WTB...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Bersemperna dengan tahun baru, marilah kita bermuhasabah diri, adakah azam tahun lepas kita sudah tercapai? Adakah tahun lepas kita banyak buat dosa?...atau sebaliknya? Walau bagaimanpun, tahun baru ni marilah kita sama-sama memperbaiki azam tahun lepas agar lebih baik dari sebelumnya. Semoga apa sahaja yang dikerjakan kita akan mendapat keberkatan daripadaNya..InsyaAllah

Pelawat yang dihormati, blog ini dibina bukan sahaja untuk menceritakan kisah hidup pengarang tetapi juga menceritakan serta berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelawat-pelawat sekalian.

Walau bagaimanapun, pengarang juga mengharapkan pelawat dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama nanti. Untuk berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, komen yang membina atau tidak atau apa sahaja, pelawat boleh emelkan terus kepada saya di alamat hakim_310@yahoo.com

Semoga pembinaan blog ini sedikit sebanyak dapat
membantu kita dalam menyelesaikan apa jua masalah. Semoga kita dapat bersoal jawab dan berkongsi ilmu kelak.


Sekian..selamat melayarinya......

e-JARIAH

Tuesday, October 21, 2008

LAJUKAN KOMPUTER ANDA DENGAN CARA BERIKUT!!!

@upin02

Ramai di kalangan kita menggunakan perisian Windows XP kerana ianya mudah dan tidak banyak masalah, namun mungkin anda perasan PC anda menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas install Windows dahulu. Hal ini mungkin disebabkan anda telah menginstall macam2 dalam komputer anda. Selain dari memastikan komputer anda bersih dari Virus dan Malware, terdapat beberapa perkara yang anda boleh diamalkan untuk memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar. Di sini saya ingin kongsi tiga tips berikut:




1. Anda boleh menggunakan Disk Defragment yang terdapat dalan start-all program-accessories-system tools-disk defragmenter. Sistem ini mengemaskini data anda untuk yang bersepah semasa anda install program dalam komputer anda. Anda juga boleh memuat turun installernya juga. sila klik di sini--->download



2. Anda boleh menggunakan juga CCleaner. Anda boleh memuat turun disini--->download

3. Setelah anda menginstall CCleaner,satu cara lagi,anda boleh menggunakan software tersebut untuk melajukan PC anda. Iaitu dengan memilh butang tools-start up-seterusnya anda boleh memilih program apa yang anda nak dilancarkan secara automatik sahaja.


Nantikan post akan datang berkenaan antivirus dan spyware serta portable autoruns yang hebat.


Diambil dan telah diubah suai dari sembangkomputer.com


Sekian selamat mencuba.

@upin02