PENGENALAN

Assalamualaikum WTB...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Bersemperna dengan tahun baru, marilah kita bermuhasabah diri, adakah azam tahun lepas kita sudah tercapai? Adakah tahun lepas kita banyak buat dosa?...atau sebaliknya? Walau bagaimanpun, tahun baru ni marilah kita sama-sama memperbaiki azam tahun lepas agar lebih baik dari sebelumnya. Semoga apa sahaja yang dikerjakan kita akan mendapat keberkatan daripadaNya..InsyaAllah

Pelawat yang dihormati, blog ini dibina bukan sahaja untuk menceritakan kisah hidup pengarang tetapi juga menceritakan serta berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelawat-pelawat sekalian.

Walau bagaimanapun, pengarang juga mengharapkan pelawat dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama nanti. Untuk berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, komen yang membina atau tidak atau apa sahaja, pelawat boleh emelkan terus kepada saya di alamat hakim_310@yahoo.com

Semoga pembinaan blog ini sedikit sebanyak dapat
membantu kita dalam menyelesaikan apa jua masalah. Semoga kita dapat bersoal jawab dan berkongsi ilmu kelak.


Sekian..selamat melayarinya......

e-JARIAH

Tuesday, October 14, 2008

Scan Virus Sebelum Masuk Windows Dengan Avira

Sesetengah virus dalam Windows bertindak menghalang anda dari install antivirus seperti Kaspersky, Avira, Norton, dan sebagainya. Ada pula Windows yang tak dapat dibuka langsung akibat serangan virus seperti ini. Jadi, bagaimana nak buang semua virus ni kalau Windows pun tak boleh buka, dan antivirus pun tak dapat nak install?

Cara terbaik untuk membuang virus-virus tersebut adalah dengan menggunakan bootable CD. Dengan CD antivirus yang bootable, anda boleh scan komputer anda dengan antivirus sebelum Windows dimulakan lagi.

Avira memang terkenal dengan software antivirus yang bagus, dan kerap dikemaskini. Ia menyediakan bootable CD yang dipanggil sebagai Avira AntiVir Rescue System. Anda hanya perlu download Avira AntiVir Rescue System dan buka fail tersebut untuk burn ia ke dalam CD.

Setelah CD siap, anda boleh gunakannya pada mana-mana PC yang dijangkiti virus. Hanya hidupkan komputer dan terus masukkan CD Antivir ini, dan satu menu akan dipaparkan. Taipkan 2 dan tekan Enter untuk masuk ke dalam Antivir Rescue System.

avira-boot-01

Pilih English sebagai bahasa dan tunggu sehingga Antivir siap dibuka. Antivir Rescue System akan dipaparkan seperti di bawah.

avira-boot-02

Pilih Scan untuk mula memeriksa virus dalam komputer anda. Antivir akan menanyakan lagi beberapa pilihan, iaitu fail apa yang akan diperiksa, serta tindakan apa yang akan dilakukan terhadap fail yang telah dijangkiti virus. Buat pilihan ini mengikut kehendak anda, dan scan komputer sehingga habis.

Diambil dari sembangkomputer.com

@mail01

0 comments: