PENGENALAN

Assalamualaikum WTB...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Bersemperna dengan tahun baru, marilah kita bermuhasabah diri, adakah azam tahun lepas kita sudah tercapai? Adakah tahun lepas kita banyak buat dosa?...atau sebaliknya? Walau bagaimanpun, tahun baru ni marilah kita sama-sama memperbaiki azam tahun lepas agar lebih baik dari sebelumnya. Semoga apa sahaja yang dikerjakan kita akan mendapat keberkatan daripadaNya..InsyaAllah

Pelawat yang dihormati, blog ini dibina bukan sahaja untuk menceritakan kisah hidup pengarang tetapi juga menceritakan serta berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelawat-pelawat sekalian.

Walau bagaimanapun, pengarang juga mengharapkan pelawat dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama nanti. Untuk berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, komen yang membina atau tidak atau apa sahaja, pelawat boleh emelkan terus kepada saya di alamat hakim_310@yahoo.com

Semoga pembinaan blog ini sedikit sebanyak dapat
membantu kita dalam menyelesaikan apa jua masalah. Semoga kita dapat bersoal jawab dan berkongsi ilmu kelak.


Sekian..selamat melayarinya......

e-JARIAH

Monday, October 27, 2008

Menyelesaikan Masalah “NTLDR is Missing”

@ipin01@upin02

Pernahkah apabila anda hidupkan komputer, dan cuba untuk membuka Windows. Namun, apa yang dapat dilihat hanyalah skrin hitam dengan mesej ini:

NTLDR is missing
Press Ctrl Alt Del to Restart

Saya pernah terkena dengan masalah ini...emm apa lagi blur la..tak tau nak buat apa..melainkan kira nak format jek..maklumlah tak berapa pandai sangat pasal komputer ni...bila dah format apa lagi..cari lah jalan penyelesaian lain yang ada...search punya search jumpa dalam web sembangkomputer.com. So saya nak kongsi la dengan kawan2 kalau pernah atau akan jadi macam ni nanti...Sediakan payung sebelum hujan....

Sekiranya anda dapat mesej seperti ini, besar kemungkinan masalah adalah berpunca dari fail NTLDR yang rosak samada terdelete atau terkena virus. Jangan bimbang, dan jangan format komputer anda lagi kerana masalah ini sangat mudah untuk diselesaikan.

Apa yang perlu anda buat adalah copy fail C:\ntldr dari komputer orang lain dan letakkannya di dalan C:\ anda. Pastikan komputer rakan anda itu menggunakan versi Windows yang sama.

Tapi Windows tak boleh nak buka, macam mana nak copy fail, ye tak? Ok, saya ada sedikit tips untuk anda. Masukkan fail ntldr dari komputer rakan anda tadi ke dalam pen drive. Kemudian, hidupkan komputer anda dengan menggunakan Live CD Ubuntu atau Slax (atau mana-mana Live CD yang lain). Dengan Live CD ini anda boleh buka partition C:, dan masukkan fail ntldr dari pen drive tadi.

Untuk keterangan yang lebih menyeluruh tentang masalah ntldr ini, anda boleh rujuk Computer Hope.

Cara lain : Bagi mereka yang ada CD Windows

1. Masukkan cd windows, pastikan cd anda dalam mode first boot.
2. Jangan install, tetapi pilih recovery .. tekan R
3. masuk dalam console
4. taip driver cdrom*:\i386
5. taip copy ntldr c:\
6. taip copy ntdetect.com c:\

reboot pc anda.

* drive cd rom di atas mungkin d: atau e: atau f: atau h: .. bergantung kepada sistem komputer korang.

Tambahan: Untuk mengetahui cara dan teknik lain sila layari cekapkomputer.com

Diambil dan diubahsuai dari sembangkomputer.com

@mail01@ehsan01

0 comments: