PENGENALAN

Assalamualaikum WTB...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Bersemperna dengan tahun baru, marilah kita bermuhasabah diri, adakah azam tahun lepas kita sudah tercapai? Adakah tahun lepas kita banyak buat dosa?...atau sebaliknya? Walau bagaimanpun, tahun baru ni marilah kita sama-sama memperbaiki azam tahun lepas agar lebih baik dari sebelumnya. Semoga apa sahaja yang dikerjakan kita akan mendapat keberkatan daripadaNya..InsyaAllah

Pelawat yang dihormati, blog ini dibina bukan sahaja untuk menceritakan kisah hidup pengarang tetapi juga menceritakan serta berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelawat-pelawat sekalian.

Walau bagaimanapun, pengarang juga mengharapkan pelawat dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama nanti. Untuk berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, komen yang membina atau tidak atau apa sahaja, pelawat boleh emelkan terus kepada saya di alamat hakim_310@yahoo.com

Semoga pembinaan blog ini sedikit sebanyak dapat
membantu kita dalam menyelesaikan apa jua masalah. Semoga kita dapat bersoal jawab dan berkongsi ilmu kelak.


Sekian..selamat melayarinya......

e-JARIAH

Saturday, October 25, 2008

PEMBENTANGAN BLOG



Pada hari selasa, 21hb Okt, jam 8 malam, kelas blog berjalan seperti biasa. Walaupun hujan turun pada awalnya, namun cuaca kembali cerah. Pada malam itu, boleh dikatakan semua pelajar yang terlibat dengan tesis blog hadir bagi membentangkan tugasan masing-masing.
@ehsan01
Walau macammana pun aku tak sempat nak bentang...hehe..tapi bukan tak sempat sebenarnya, tapi cuba mengelak. huhu...Malam tu aku kagum dengan blog kawan-kawan aku...semua mantap-mantap..Ada yang sampai berkelip-kelip..dah macam lampu lip lap hari raya pulak..hehe..
@upin02
Apa-apa pun aku ucapkan tahniah pada kawan-kawan sahabat-sahabat semua kerana menjaya membina blog masing-masing, yang pada awlnya, semua start daripada kosong (0), tak tau apa-apa pun pasal blog.
@mail01

Semoga apa yang kita pelajari hari ini akan menjadi bekalan untuk kita di masa hadapan kelak. Semoga apa yang kita usahakan ini tidak berhenti di sini sahaja. Teruskan perjuangan kalian, semoga Allah memberkati usaha kita..Aminnnn....
@ehsan02
GOOD LUCK TO ALL OF YOU GUYS......
@ipin02

0 comments: