PENGENALAN

Assalamualaikum WTB...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Bersemperna dengan tahun baru, marilah kita bermuhasabah diri, adakah azam tahun lepas kita sudah tercapai? Adakah tahun lepas kita banyak buat dosa?...atau sebaliknya? Walau bagaimanpun, tahun baru ni marilah kita sama-sama memperbaiki azam tahun lepas agar lebih baik dari sebelumnya. Semoga apa sahaja yang dikerjakan kita akan mendapat keberkatan daripadaNya..InsyaAllah

Pelawat yang dihormati, blog ini dibina bukan sahaja untuk menceritakan kisah hidup pengarang tetapi juga menceritakan serta berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelawat-pelawat sekalian.

Walau bagaimanapun, pengarang juga mengharapkan pelawat dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama nanti. Untuk berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, komen yang membina atau tidak atau apa sahaja, pelawat boleh emelkan terus kepada saya di alamat hakim_310@yahoo.com

Semoga pembinaan blog ini sedikit sebanyak dapat
membantu kita dalam menyelesaikan apa jua masalah. Semoga kita dapat bersoal jawab dan berkongsi ilmu kelak.


Sekian..selamat melayarinya......

e-JARIAH

Friday, November 7, 2008

KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP???

@ehsan01
LUANGKANLAH SEDIKIT MASA ANDA UNTUK MEMBACA DAN MENGHAYATI KISAH MISTERI YANG BERLAKU DI PENJARA PUDU , KUALA LUMPUR. KISAH INI MEMPUNYAI SEJARAH HITAMNYA YANG TERSENDIRI...IKUTILAH KISAHNYA...SELAMAT MEMBACA...

AMARAN: JANGAN BACA KISAH INI DI DALAM BILIK YANG GELAP!!!


Kisah ini berlaku di Penjara Pudu suatu ketika dulu. Kisah ini hanya boleh disebarkan oleh orang tertentu sahaja. Hal ini kerana kisah ini adalah rahsia. Sebelum penjara Pudu ditutup dahulu, pernah diceritakan bahawa terdapat 1 bilik yang dipanggil "Bilik Terakhir" oleh penghuni penjara pada ketika itu. Di bilik inilah sering berlaku kejadian pelik dan aneh sejak penjara Pudu ditutup.

Bilik tersebut dinamakan dengan Bilik Terakhir kerana, dahulunya bilik tersebut merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokanya.

Di Bilik Terakhir inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan pelbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan yang telah dilakukan. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di penjara Pudu, bila proses pengosongan penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tersebut. Tak kurang juga ada di antara warden tersebut, terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing itu keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran di waktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati di tali gantung tidak tenteram.

Nak dijadikan cerita, pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai2 seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan Bilik Terakhir itu. Ketika sedang berkawal kira2 lebih kurang 2 pagi, beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari2 berhampiran bilik tersebut. Beliau cuba beranikan diri untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamati betul2 lembaga tersebut, maka terlihatlah dalam kesamaran itu seekor kambing hitam sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu sahaja. Dia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada di kawasan itu. Oleh kerana ingin tahu dia beranikan diri menghampiri bilik itu.

Alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah dia berasa gementar, seram serta mengigil ketakutan namun diberanikan juga dirinya memasuki pintu gua yang samar2 itu sambil meninjau di dalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai sahaja ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya dia apabila didapati banyak harta karun di dalamnya.

Dia cuba mengambil harta tersebut tetapi tiba2 hilang dari pandangannya lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, "Heeyyyyy manusiaaaaa...jangan engkau ambil harta itu....harta ituu bukan engkau yang punya...Ahmaaaaaaad Albab yang punyaaaaa"Ha ha ha ha...."Yaaaa...Ahmaaaad Albab yang punyaaaaaaaa..."Emm udahla yek...pi la buat keja tu....Terima kasih dan tahniah kepada diri anda kerana minat membaca.....HEHEHE

@mail01

0 comments: