PENGENALAN

Assalamualaikum WTB...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Bersemperna dengan tahun baru, marilah kita bermuhasabah diri, adakah azam tahun lepas kita sudah tercapai? Adakah tahun lepas kita banyak buat dosa?...atau sebaliknya? Walau bagaimanpun, tahun baru ni marilah kita sama-sama memperbaiki azam tahun lepas agar lebih baik dari sebelumnya. Semoga apa sahaja yang dikerjakan kita akan mendapat keberkatan daripadaNya..InsyaAllah

Pelawat yang dihormati, blog ini dibina bukan sahaja untuk menceritakan kisah hidup pengarang tetapi juga menceritakan serta berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelawat-pelawat sekalian.

Walau bagaimanapun, pengarang juga mengharapkan pelawat dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama nanti. Untuk berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, komen yang membina atau tidak atau apa sahaja, pelawat boleh emelkan terus kepada saya di alamat hakim_310@yahoo.com

Semoga pembinaan blog ini sedikit sebanyak dapat
membantu kita dalam menyelesaikan apa jua masalah. Semoga kita dapat bersoal jawab dan berkongsi ilmu kelak.


Sekian..selamat melayarinya......

e-JARIAH

Thursday, November 13, 2008

MARI MEMBACA LAGI!!!

@mail01
HADIS HARI INI
TAJUK: Adab Memberi Salam

Daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang berkenderaan hendaklah memberi
salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan hendaklah memberi
salam kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit hendaklah memberi salam
kepada orang yang ramai.

(Riwayat Muslim)

@kakros01

0 comments: