PENGENALAN

Assalamualaikum WTB...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Bersemperna dengan tahun baru, marilah kita bermuhasabah diri, adakah azam tahun lepas kita sudah tercapai? Adakah tahun lepas kita banyak buat dosa?...atau sebaliknya? Walau bagaimanpun, tahun baru ni marilah kita sama-sama memperbaiki azam tahun lepas agar lebih baik dari sebelumnya. Semoga apa sahaja yang dikerjakan kita akan mendapat keberkatan daripadaNya..InsyaAllah

Pelawat yang dihormati, blog ini dibina bukan sahaja untuk menceritakan kisah hidup pengarang tetapi juga menceritakan serta berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelawat-pelawat sekalian.

Walau bagaimanapun, pengarang juga mengharapkan pelawat dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama nanti. Untuk berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, komen yang membina atau tidak atau apa sahaja, pelawat boleh emelkan terus kepada saya di alamat hakim_310@yahoo.com

Semoga pembinaan blog ini sedikit sebanyak dapat
membantu kita dalam menyelesaikan apa jua masalah. Semoga kita dapat bersoal jawab dan berkongsi ilmu kelak.


Sekian..selamat melayarinya......

e-JARIAH

Thursday, November 6, 2008

PERTANDINGAN MEMANCING DI KOTA PUTERI, IJOK

MARSYAL DAN PETUGAS PKNS BERGAMBAR DENGAN YANTZEN

PENULIS BERGAMBAR DENGAN ABG DEEJAY
PENULIS DENGAN MARSYAL ROZAI BERGAMBAR DENGAN PEMENANG
PENULIS BERGAMBAR DENGAN YANTZEN..CAYALAH!!!
DARI KIRI ABG LONG, WAK ROZAI DAN PENULIS(berlakon ja tu...)
BERSAMA SEORANG LAGI MARSYAL, KHAIRI...
BERSAMA MARSYAL SHIDI
ANTARA KARENAH KAKI PANCING
BAKAL KAKI PANCING
GELAGAT ABG PANCING KITA

@upin01
Assalamualaikum WTB...

Apa khabar semua pelayar sekalian, maaflah dah lama aku tak update blog aku ni..maklumlah sibuk sikt dengan persiapan menghadapi peperiksaan akhir tahun..Alhamdulillah dua paper aku dah lepas..tinggal lagi dua paper...emm paper susah gak ni...emm tp tak pa lah...10 hb ni..ada lagi masa...hehe..doa2 jela yek...

Ok sekarang ni aku nak kongsi cerita dengan pelayar semua tentang satu pertandingan memancing yang baru2 ini diadakan di Ijok...dekat tasik Kota puteri...aku macam biasa lah jadi Marsyal la...pertandingan ini dianjur oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kerjasama Wak Jali Event Management...sambutan yang diterima amatlah menggalakkkan...peserta yang mendaftar sebagai pemancing mencecah sehingga 3 ribu orang lebih..

Hadiah yang ditawarkan adalah wang tunai, hamper dan motosikal...tempat pertama akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM20 ribu, tempat kedua RM10 ribu, dan tempat ketiga berjumlah RM5ribu, manakala motosikal merupakan cabutan bonanza..

Antara artis yang turut memeriahkan pertandingan tersebut ialah Yantzen. Beliau menyampaikan 3 buah lagu kepada pemenang. Pertandingan memancing bermula seawal jam 8 pagi dan tamat pada pukul 1 tghari...Turut sama dalam pertandingan tersebut ialah pertandingan karaoke yang diadakan sebelah malam...

Marsyal yang terlibat dalam pertandingan tersebut seramai 25 orang, 10 orang dari UKM, 10 orang dari Klang dan 5 orang MT Wak Jali Event Management....walaupun kami tidak tido pada malam tersebut kerana melayan karenah pemancing, namun keletihan tersebut terubat dengan melihat karenah kaki pemancing yang pelbagai ragam.

Semoga pertandingan seperti ini akan diadakan oleh Wak Jali kerana poket tengah kering..ada event 'masyuk' la sikit...hehe...InsyaAllah pertandingan berikutnya akan diadakan di tasik Cyberjaya, pada 14 hb Dis ni...semua dijemput hadir bagi memeriahkan pertandingan tersebut.
@upin02

0 comments: