PENGENALAN

Assalamualaikum WTB...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Bersemperna dengan tahun baru, marilah kita bermuhasabah diri, adakah azam tahun lepas kita sudah tercapai? Adakah tahun lepas kita banyak buat dosa?...atau sebaliknya? Walau bagaimanpun, tahun baru ni marilah kita sama-sama memperbaiki azam tahun lepas agar lebih baik dari sebelumnya. Semoga apa sahaja yang dikerjakan kita akan mendapat keberkatan daripadaNya..InsyaAllah

Pelawat yang dihormati, blog ini dibina bukan sahaja untuk menceritakan kisah hidup pengarang tetapi juga menceritakan serta berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelawat-pelawat sekalian.

Walau bagaimanapun, pengarang juga mengharapkan pelawat dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama nanti. Untuk berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, komen yang membina atau tidak atau apa sahaja, pelawat boleh emelkan terus kepada saya di alamat hakim_310@yahoo.com

Semoga pembinaan blog ini sedikit sebanyak dapat
membantu kita dalam menyelesaikan apa jua masalah. Semoga kita dapat bersoal jawab dan berkongsi ilmu kelak.


Sekian..selamat melayarinya......

e-JARIAH

Monday, October 27, 2008

BUKA FILE OFFICE 2007 MENGGUNAKAN OFFICE 2003

@kakros01@kakros02

Berapa kali anda berhadapan dengan situasi di mana, anda tidak dapat membuka fail dari Microsoft Office 2007? Seperti yang sedia maklum, Office 2007 menyimpan fail dalam format .docx, .pptx, .xlsx dan sebagainya. Format baru dari Office 2007 ini tidak dapat dibuka menggunakan Office 2003 ataupun versi Microsoft Office yang sebelumnya.

Bagi menyelesaikan masalah ini, anda boleh menggunakan Microsoft Office 2007 Compatibility Pack bagi membuka fail dari Office 2007 menggunakan Office 2003, Office XP, ataupun Office 2000. Anda juga boleh mengubahsuai serta save tersebut dalam format asal, iaitu format Office 2007. Klik di sini untuk mendapatkan Microsoft Office 2007 Compatibility Pack yang terbaru dari Microsoft.

Selain daripada itu juga anda boleh membuat pertukaran format file apa sahaja di laman web www.zamzar.com

Diambil dan diubahsuai dari sembangkomputer.com

@upin02@ipin01

0 comments: