PENGENALAN

Assalamualaikum WTB...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Bersemperna dengan tahun baru, marilah kita bermuhasabah diri, adakah azam tahun lepas kita sudah tercapai? Adakah tahun lepas kita banyak buat dosa?...atau sebaliknya? Walau bagaimanpun, tahun baru ni marilah kita sama-sama memperbaiki azam tahun lepas agar lebih baik dari sebelumnya. Semoga apa sahaja yang dikerjakan kita akan mendapat keberkatan daripadaNya..InsyaAllah

Pelawat yang dihormati, blog ini dibina bukan sahaja untuk menceritakan kisah hidup pengarang tetapi juga menceritakan serta berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelawat-pelawat sekalian.

Walau bagaimanapun, pengarang juga mengharapkan pelawat dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama nanti. Untuk berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, komen yang membina atau tidak atau apa sahaja, pelawat boleh emelkan terus kepada saya di alamat hakim_310@yahoo.com

Semoga pembinaan blog ini sedikit sebanyak dapat
membantu kita dalam menyelesaikan apa jua masalah. Semoga kita dapat bersoal jawab dan berkongsi ilmu kelak.


Sekian..selamat melayarinya......

e-JARIAH

Monday, October 27, 2008

TASK KILLER:Tutup Aplikasi yang 'hang'


Sedang anda menjalankan satu-satu aplikasi, tiba-tiba aplikasi tersebut tidak berfungsi dan tergantung(hang). Anda menekan-nekan butang pada aplikasi tersebut tetapi tidak mendatangkan sebarang kesan. Nak tutup pun tak boleh. Cuba anda perhatikan pada bar tajuk aplikasi tersebut ada tertulis “Not responding”.

Adalah lebih baik aplikasi seperti ini ditutup bagi mengelakkan ia menganggu penggunaan komputer anda. Tapi bagaimana, sedangkan ia tidak boleh ditutup dengan cara biasa? Nak gunakan Task Manager pun tak boleh harap sangat.

Task Killer adalah satu alat kecil yang berfungsi untuk menutup aplikasi - aplikasi seperti ini. Hanya klik pada ikon Task Killer di system tray dan pilih aplikasi yang ingin anda tutup. Task Killer mampu ‘membunuh’ apa-apa program atau servis dengan pantas.

Terdapat juga alat lain yang lebih canggih seperti ProcessExplorer ataupun DTaskManager untuk fungsi yang sama. Namun Task Killer unik di sini kerana ia membolehkan kita menutup apa-apa program terus dari taskbar, menjadikannya lebih pantas dan mudah digunakan.

Dapatkan Task Killer di sini -->download

Diambil sepenuhnya dari sembangkomputer.com

@ipin02@ipin01

0 comments: